BUALNEWS.COM — Sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu sangat berkait rapat dengan hubungan dagang yang terjalin dengan tanah Arab sejak sebelum orang Arab sendiri memeluk agama Islam. Walaupun penyebaran agama Islam ke Alam Melayu dipelopori oleh pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Namun Islam telah sampai ke Alam Melayu lebih awal lagi.
Menurut catatan sejarah, bangsa Arab yang menduduki selatan Semenanjung Tanah Arab yang mengharungi lautan Hindi sebelum kemunculan agama Islam. Mereka menjadi orang tengah antara pedagang Eropah dengan pedagang Asia dari India dan barat rantau Melayu. Walaupun pada akhir abad ke-5 hingga ke-7 Masehi pedagang-pedagang Rom dan Parsi cuba menguasai perdagangan di lautan Hindi, namun pedagang-pedagang Arab masih dapat meneruskan perdagangan mereka sehingga kedatangan orang Portugis pada akhir abad ke-15.
Menurut John Crowford dalam bukunya ‘History of the Indian Archipelago’ Islam datang ke Nusantara dari Tanah Arab. Ini dibuktikan dengan catatan ketika pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah pada abad ke-7 hingga ke-10 Masehi, orang Arab Islam telah berada di Nusantara. Mereka mempunyai angkatan laut yang kuat dan menjalankan perdagangan sambil menyebarkan Islam sepanjang perjalanan ke China melalui Nusantara. Dalam catatan dari sumber China, terdapat hubungan perdagangan Arab di perairan Asia Tenggara. Contohnya orang Arab sudah berada di Sumatera pada abad ke-7 Masehi dan telah membina perkampungan di bahagian barat kepulauan tersebut. Zaman Khalifah Sulaiman bin Abd al-Malik (715-717M) telah menghantar sebanyak 35 buah kapal ke muara Salak di Jambi. Kapal ini dikatakan bertolak dari Cyelon menuju ke Palembang pada tahun 717 Masehi, sebelum meneruskan perjalanannya ke China. Meskipun demikian, Islam turut berkembang di Nusantara dengan usaha golongan Syiah di kepulauan Sila dan Sulu, Sulawasi serta Kalimantan.
Sejarah perkembangan tamadun Melayu adalah cerita yang kaya dengan berbagai unsur budaya, politik, ekonomi, dan sosial. Tamadun Melayu merangkumi kawasan yang luas, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Melayu (seperti Indonesia dan Filipina bagian selatan), Singapura, dan bahagian dari Thailand selatan. Sejarah Perkembangan Tamadun Melayu:
Zaman Prasejarah: Wilayah Melayu telah didiami sejak zaman prasejarah oleh komuniti-komuniti seperti Orang Asli, dan kemudian disusuli oleh pengaruh Melayu Proto yang membawa perkakasan batu dan tanaman seperti padi.
Pengaruh Hindu-Buddha: Pengaruh agama Hindu-Buddha dari India membawa kepada pembentukan kerajaan-kerajaan awal seperti Langkasuka dan Gangga Negara di Semenanjung Tanah Melayu, serta kerajaan-kerajaan besar seperti Sriwijaya di Sumatera dan Majapahit di Jawa.
Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Melaka menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan yang penting pada abad ke-15 dan ke-16, mengamalkan agama Islam selepas pemerintahan Parameswara, dan menjalinkan hubungan dengan negara-negara sejiran seperti China dan India.
Penjajahan Eropah: Portugis, Belanda, dan Britain adalah di antara kuasa-kuasa Eropah yang memainkan peranan dalam sejarah Melayu dengan menjajah wilayah-wilayahnya. Melalui penjajahan ini, banyak aspek budaya dan politik telah dipengaruhi.
Pembentukan Negara-Negara Modern: Proses dekolonisasi pada abad ke-20 membawa kepada pembentukan negara-negara moden seperti Malaysia dan Indonesia, dan mencetuskan perubahan besar dalam politik, ekonomi, dan masyarakat.
Perkembangan Moden: Era moden telah menyaksikan tamadun Melayu bergerak melalui transformasi besar dalam pelbagai bidang seperti teknologi, pendidikan, dan budaya, dengan pengaruh global yang semakin ketara.
Sebelum kedatangan Islam, sistem pendidikan pada era empayar Melayu tidak teratur dan terdapat banyak golongan buta huruf dikalangan masyarakat. Sistem pendidikan sebelum kedatangan Islam terbahagi kepada dua sistem iaitu sistem formal dan tidak formal.
Sistem formal ialah pendidikan yang dipelajari oleh guru dan kitab-kitab yang tidak berlandaskan Islam. Manakala, sistem pendidikan tidak formal merupakan pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan bermasyarakat. Setiap ilmu tersebut diperturunkan daripada generasi turun temurun dan dijadikan sebagai tradisi warisan untuk kehidupan mereka.
Secara keseluruhannya, pendidikan sebelum kedatangan Islam berteraskan semula jadi dengan kehidupan seharian dan juga adat resam yang menjadi ikutan sesebuah masyarakat. Pendidikan lisan disampaikan melalui lisan secara turun temurun dan generasi ke satu generasi.
Sebelum kedatangan agama Islam penduduk-penduduk di Nusantara secara keseluruhannya menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat Melayu dewasa itu sudah pun mempunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh kebudayaan India dalam beberapa segi. Pengaruh kebudayaan India di Nusantara amatlah besar sehinggakan wujud beberapa buah negeri bercorak Hindu seperti Srivijaya, Funan dan Majapahit. Kedatangan Islam ke Alam Melayu pada awal abad ke-15 telah membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pelbagai aspek.
Islam mula tersebar di kalangan masyarakat Melayu melaka berikutan Parameswara yang menjadi Sultan Melaka memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Syah. Pengislaman itu diikuti oleh rakyat secara beramai-ramai sehingga akhirnya melalui usaha-usaha yang gigih Islam dapat dikembangkan diseluruh Melaka. Melaka menjadi sebuah empayar Islam yang disegani di Nusantara. Kedatangan Islam ke alam Melayu merupakan detik penting yang telah mengubah secara keseluruhan pemikiran dan budaya orang Melayu. Walaupun kedatangan Islam dilihat secara evolusi dari sudut penyebarannya tetapi dalam aspek kerohanian atau spiritual, agama ini telah merevolusikan mereka.
Revolusi yang dimaksudkan ialah Islam telah mengubah pandangan dunia orang Melayu daripada mempercayai dewa semasa menganuti agama Hindu kepada kepercayaan Allah Maha Esa. Konsep yang utama dan terpernting ialah Tauhid. Konsep ini merupakan konsep ketakwaan kepada Allah dengan berpegang kepada tiadanya autoriti atau kekuasaan selain daripada Allah dan hidupnya berpandukan hukum-Nya sahaja. Konsep ini menjadi cara hidup setiap muslim seterusnya mendorong kepada berlakunya ketamadunan Islam.
Dengan kedatangan Islam Bahasa Melayu berkembang menjadi Bahasa ilmu. Ia berkembang menjadi bahasa rasmi dan akhimya menjadi bahasa “Lingua Franca” di Alam Melayu.Tanda terawal kehadiran Islam di rantau ini ialah dengan penemuan Batu Nisan di Brunei pada tahun 440 Hijrah.
Bukti pertama penggunaan Bahasa Melayu yang mengungkapkan pengaruh agama Islam ialah pada tahun 702 Hijrah, berikutan penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Kandungannya dengan jelas menunjukkan bahawa Islam sebagai agama rasmi di rantau ini. ***
Daftar Pustaka
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros. (2012). Buku teks: Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) – edisi kedua. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Mohd Jamil bin Mukmin. (2014). Sejarah Kerajaan-Kerajaan Islam Secara Ringkas dan Sejarah Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara Secara Ringkas. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Penulis : Shinta Julianti (202311032) Program Akuntansi Syari’ah Reguler A, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Syari’ah Bengkalis