Pengertian Melayu dan Bangsa Melayu (Menurut Etimologi dan Para Ahli)

Advertisements

BUALNEWS.COM — Secara etimologis, istilah Melayu mempunyai banyak arti, Burhanudin Elhulaimy, seorang cendikiawan Melayu yang pernah menjadi Ketua Umum Partai Islam Tanah Melayu dalam bukunya Asas Falsafah Kebangsaan Melayu yang terbit pada tahun 1950, sebagaimana dikutip oleh UU. Hamidy telah mengidentifikasikan beberapa arti dari istilah Melayu.

Melayu berasal dari kata mala dan yu . Kata mala berarati mula dan yu berarti negeri. Sehingga kata melayu mengandung arti negeri mula-mula. Misalnya kata Ganggagayu berarti negeri Gangga. Selanjutnya dalam bahasa Jawa terdapat kata Melayu atau Belayu, yang berarti berjalan cepat atau lari. Sedang dalam bahasa Tamil terdapat kata Melayu dan Melayur yang berarti tanah tinggi atau bukit, terdapat juga kata Malay yang berarti hujan. Selain itu terdapat pula istilah melayu untuk sungai, diantaranya sungai Melayu yang terdapat dekat Johor dan di Bangka Hulu. Apabila arti kata melayu di atas dirangkum maka kata Melayu itu berarti negeri yang mula-mula didiami.

Menurut Roza istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas karena terdapat dua pengertian pada istilah Melayu yaitu “Melayu” dan “kemelayuan”. “Melayu dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sedangkan “kemelayuan” mengandung arti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu”. Oleh karena itu, istilah Melayu boleh dipahami berdasarkan kriteria (1) rumpun bangsa dan bahasanya yaitu Melayu; (2) berbagai suku yang tergolong dalam Melayu- Indonesia seperti Aceh, Batak, Bugis, Banjar, Bajau, Bali, Jawa, Madura, Minangkabau, Nias, Sasak, Sunda, Iban, Sulu, dan lain sebagainya. (Roza, 2016, hal. 14)

Secara etimologi, kata Melayu berasal dari kata mala yang berarti “mula” dan kata yu yang berarti “negeri” sebagaimana arti kata ganggayu yang berarti negeri gangga. Pada abad pertama Masehi kata Melayu sebagai sebuah nama sudah terkenal sebab nama itu berasal dari bahasa Sanskerta yakni Malayapura, kemudian terjadi perubahan dalam sebutan dan ucapan menjadi Melayu atau Maluyu

Sumber lain mengatakan bahwa kata Melayu dalam bahasa Tamil berarti tanah tinggi aatau dapat juga disebut bukit, artinya orang gunung atau orang bukit. Ini bersesuaian dengan negeri negeri orang Melayu pada awalanya terletak di perbukitan sebagaiamana yang tertulis dalam Sejarah Melayu yakni Bukit Siguntang Mahameru yang terletak di Palembang. Negeri ini dikenal sebagai negeri yang banyak mendapat hujan karena terletak di antara dua benua.

Baca Juga :  Letak dan Posisi Strategis Selat Melaka

Kata Melayu berkembang di dua daratan yang dihubungkan oleh perairan Selat Malaka, yakni kata Malaya di Semenanjung Malaya atau utara Selat Malaka dan Melayu di bagian selatan Selat Malaka. Dalam bahasa Tamil, “Malaya” disebut sebagai “Malai”. Malaya adalah sebutan Melayu bagi orang India. Menurut Farouk bahwa orang Melayu tersebar di kawasan yang sangat luas, seperti Aceh, Deli, Minangkabau, Palembang. Jambi, Semenanjung Malaya, Kalimantan Barat, Tapanuli Tengah, Brunei, Thailand, dan lain- lain (Roza, 2016, hal. 67)

Selanjutnya Orang Melayu ialah salah satu dari bangsa dalam keluarga rumpun bangsa yang sangat luas yang dikenal sebagai MelayuPolinesia ataupun Austronesia . Antara suku- suku bangsa dalam rumpun ini ialah Melayu, Jawa, Bugis, Sunda, Maori, Hawaii, Fiji, dan sebagainya. Wilayah yang dikatakan merupakan wilayah bangsa Melayu adalah sangat luas. Berdasarkan buku kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau mendefinisikan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada beberapa kumpulan kumpulan: Kepulauan Indo- Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.

Sejak sekian lama rumpun Austronesia ini turut dikenali sebagai rumpun Melayu. Pada tahun 1879, untuk pengetahuan semua, parlimen Haiwaii dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satuKatanya. Bangsa Melayu yang meliputi dari Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan. Tambah mengagumkan, ketika itu Maharaja Abu Bakar sempat menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada King Kalakua dan isterinya serta anak perempuannya, Queen Emma dan Princess Pauahi. Terdapat banyak teori-teori mengenai asal-usul Melayu, antaranya ialah Melayu berasal daripada Yunnan dan Taiwan. Namun, teori terbaru yang dikeluarkan oleh pakar arkeologi di Malaysia mengatakan bahawa bangsa Melayu sebenarnya sudah berada di Nusantara sejak 74000 SM.

Antara pakar arkeologi yang mengeluarkan teori ini adalah Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan teori ini sekaligus mematahkans emau teori yang sudah lapuk ditelan dek zaman. Teori yang seterusnya bercakap mengenai kedatangan bangsa Melayu adalah dibangkitkan oleh Dr Oppenheimer yang mengatakan bahawa bangsa Melayu memang berasal daripada Asia Tenggara. Beliau berhujah mengatakan bahawa suatu masa dahulu, ketika zaman ais, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Borneo, Filipina saling bergabung antara satu sama lain sebelum akhirnya tenggelam akibat penghujung zaman ais dan benua yang dua kali ganda lebih besar daripada benua India itu akhirnya dipisahkan dek air laut.

Baca Juga :  Pemanfaatan Pembelajaran Media Digital

Akibat dari pada banjir besar tersebut, maka berterbaranlah rumpun-rumpun Melayu ke serata tempat sehingga sejauh ke Hawaii. Mistos banjir besar ini masih tersimpan dalam setiap bangsa dalam rumpun Melayu-Polinesia itu sendiri, bahkan nenek moyang melayu, iaitu Proto Melayu turut menyimpan kisah mereka tersendiri mengenai kisah banjir besar yang memaksa mereka tersebar ke merata tempat. Teori ini didukung oleh Human Genome Organisation mememui bukti genetik yang selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Oppenheimer. Bukti itu menyarankan bahawa sebaran kependudukan di Asia berlaku melalui kepulauan Asia Tenggara, tanpa penghijrahan dari tanah besar Asia. Selain itu, Martin Richards, professor Archaeogenetics dari Leeds University,yang dilaporkan di laman web Universiti Oxford juga telah menemui bukti dalam kajian DNA yang meranapkan teori Melayu berasal daripada Yunnan dan Taiwan. (Husni Thamrin, 2018, hal. 3-5)

Asal Usul Bangsa Melayu, Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat dari batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya. Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahwa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito.

Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru. Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju dari Melayu-Proto. MelayuDeutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini. Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang

Baca Juga :  Pentingnya Adat dalam Suatu Negara

Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, MelayuDeutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anut ketika itu ialah animisme. Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia.

Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal dari bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk dari bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah pendapatnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tingkat kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas.Tingkat ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

  1. Orang Melayu itu tidak berasal dari pengaruh luar , tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
  2. Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan berbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahwa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa temporer saja. (Husni Thamrin, 2018, hal. 115-17). ***

Penulis: Annisa Khaidir, Mahasiswa Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Syariah Bengkalis

(Memenuhi Tugas Mata Kuliah Alam dan Tamadun Melayu)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *